BUMI TENGAH: The Malaysian LOTR Blog Parody

Welcome to Bumi Tengah, The Malaysian LOTR Parody blog!!

This blog is mainly gonna be a parody of LOTR using Malaysian bloggers as main characters. To be updated whenever I feel like it. :)

To read past chapters of the parody, go to the Contents page HERE)

Wednesday, August 31, 2005

Siaran Khas Semperna Hari Merdeka Bumi-Tengah

*Siaran Bumi-tengah Tergendala sebentar untuk pesanan khas Hari Merdeka oleh Tuan Cincin Namber Wan, Eyeron*

Selamat datang ke Bumi-Tengah! Dan Selamat Hari Merdeka!

Nama saya Eyeron. Saya adalah seorang makhluk yang amat kuat sekali. Di sini, saya akan menceritakan kisah tentang perjuangan Kemerdekaan Bumi-Tengah dulu, yang mengakibatkan saya terkurung dalam HQ saya sambil menggunakan Internet dail-up sahaja.

Empat-puluh tahun dahulu, terdapat sekumpulan kawan yang telah menentang saya. Mereka ingin negara mereka merdeka. Tapi saya tak mahu bagi mereka.

Jadi, mereka mengumpul satu tentera pendebat yang sungguh kuat. Mereka bedebat dan ber cakap-cakap benda yang amat patriotik, sehinggakan saya tak boleh tahan, dan akhirnya, saya juga terpaksa menyerah diri kerana tak tahan jeritan MERDEKA! MERDEKA! mereka yang amat kuat dan bising.

Oleh, itu, saya terpaksa bagi dia orang Merdeka. Buat masa ini lar.

Sekarang, saya sedang mencari Cincin Namber One saya, dan apabila saya sudah mendapatkannya kembali, saya akan meneruskan penerokaan saya terhadap Bumi Tengah, dan merampas kembali kemerdekaan mereka!

Saya sudah ada satu pelan. Saya akan menuduh mereka dengan tuduhan bahawa mereka mempunyai Senjata Destruksi Menyeluruh, dan menggunakan alasan 'Saya hendak memusnahkan Senjata mereka!" untuk menyerang Bumi-Tengah. Saya telah mendapat idea ini dari Presiden satu negara yang amat angkuh sekali. Macam saya.

Sekian sahaja siaran Hari Merdeka ini. Sila duduk di dalam rumah kamu diam-diam, sehingga saya dapat menyerang kamu.

Sekian, Terima kasih.

|

0 Comments:

Post a Comment

<< Home